Hamzah di Awal Kalimah : HAMZAH WASAL
Assalamualaikum murid-murid yang dikasihi sekalian, apa khabar semua?😊😀 Ustazah harap kamu semua berada dalam keadaan sihat wal'afiat. Jom, baca doa sebelum memulakan pembelajaran Cuba murid-murid lihat gambar di bawah, kemudian kaitkan dengan topik pembelajaran yang akan kita pelajari pada hari ini: Topik yang akan dipelajari pada hari ini ialah Hamzah di Awal Kalimah bahagian Hamzah Wasal. Jika semua pelajar lihat pada gambar di atas, terdapat riben, tali, pisau dan gunting yang mana masing-masing menjelaskan tentang Hamzah Wasal. Semasa membaca al-Quran biasanya kita akan terkeliru bagaimana nak membariskan huruf hamzah wasal tersebut. Ayuh kita kenali Hamzah Wasal dengan lebih teliti 🤗 Pada minggu lepas, kita telah mempelajari berkaitan Hamzah Qata', bagi pelajaran minggu ini, ustazah akan mulakan dengan pengenalan kepada Hamzah Wasal pula. Hamzah wasal merupakan hamzah yang ditinggalkan bacaannya ketika wasal dan dibaca ketika ibtida'. Hamzahh wasal...