Hamzah di Awal Kalimah (Hamzah Wasal) Tingkatan 4
Assalamualaikum murid-murid yang dikasihi sekalian, apa khabar semua?😊😀
Ustazah harap kamu semua berada dalam keadaan sihat wal'afiat.
Topik yang akan dipelajari pada hari ini ialah Hamzah di Awal Kalimah bahagian Hamzah Wasal. Jika semua pelajar lihat pada gambar di atas, terdapat riben, tali, pisau dan gunting yang mana masing-masing menjelaskan tentang Hamzah Wasal. Semasa membaca al-Quran biasanya kita akan terkeliru bagaimana nak membariskan huruf hamzah wasal tersebut. Ayuh kita kenali Hamzah Wasal dengan lebih teliti 🤗
Hamzah wasal merupakan hamzah yang ditinggalkan bacaannya ketika wasal dan dibaca ketika ibtida'.
Hamzahh wasal terdapat di awal kalimah sahaja sama ada perkataan isim (kata nama) atau fe'el (kata kerja)
Hamzah wasal ditulis dengan huruf alif (ا) yang diletakkan kepala huruf sod (ص) di atasnya . Iaitu (ٱ)
Ustazah akan sambung dengan penerangan Hamzah Wasal pada kalimah Isim.
Cara membaca Hamzah wasal yang terdapat pada kalimah Isim terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
1. Jika kalimah Isim bermula dengan
"ال معرفة"
Maka wajib dimulakan dengan baris diatas Hamzah wasalnya.
Contoh : ٱلْحَمْدُ
ٱلْرَّحْمَنِ الْرَّحِيمِ
2. Jika kalimah Isim tidak bermula dengan
"ال معرفة"
Maka wajib dimulakan dengan baris dibawah pada hamzah wasalnya
Contoh: ٱبْتِغَآء
3. Nama-nama tujuh dimulakan dengan baris dibawah pada hamzah wasal, iaitu:
ٱبْن
ٱبْنَت
ٱمْرُؤُا
ٱمْرَأَة
ٱثْنَيْن
ٱثْنَتَيْن
ٱسْم
________________________________________________________________________________
Seterusnya, ustazah akan sambung berkenaan Hamzah Wasal pada kalimah Fe'el. Cara membaca hamzah wasal yang terdapat kalimah Fe'el ini terbahagi kepada dua pecahan:
1. Bacaan hamzah wasal pada kalimah Fe'el berpandukan huruf ke-3.
2. Bacaan hamzah wasal pada kalimah Fe'el yang tidak berpandukan huruf ke-3.
Bagi pecahan yang pertama iaitu berpandukan huruf ke-3:
1. Jika huruf ketiga pada kalimah fe'el tersebut berbaris di atas dan di bawah, maka bacaan hamzah wasalnya perlulah dikasrahkan (baris bawah).
- Contoh: ٱنْقَلَبُو , ٱهْدِنَا , ٱصْبِر
2. Jika huruf ketiga pada kalimah fe'el tersebut berbaris di depan, maka bacaan hamzah wasalnya perlu didhommahkan (baris depan).
- Contoh: ٱدْعُ , ٱبْتُلِي
Bagi pecahan yang kedua pula iaitu tidak berpandukan huruf ke-3:
1. Terdapat enam (6) kalimah yang tidak dibaris dengan baris depan pada hamzah wasalnya tetapi dibaca dengan baris bawah. Hal ini kerana dhommah (baris depan) pada huruf ketiga kalimah fe'el tersebut adalah dhommah mendatang.
- Contoh: ٱمْشُوا , ٱمْضُوا , ٱبْنُوا , ٱغْدُوا , ٱئْتُونِى , ٱقْضُوا
2. Jika berlaku dua hamzah di awal kalimah, maka hendaklah digantikan hamzah tersebut dengan huruf mad serta ibdal dua harakat.
- Contoh: أأدَمَ ⇤ ءَادَمَ
Baiklah semua... Di sini ustazah ada sediakan peta minda sebagai ringkasan kepada tajuk pembelajaran kita pada hari ini. Kamu boleh rujuk lampiran di bawah supaya kamu dapat lihat dengan lebih jelas dan memudahkan kamu untuk ingat. Kamu juga boleh muat turun dan print dokumen pdf tersebut untuk rujukan kamu sendiri.
Sila rujuk lampiran di bawah👇👇👇
Berikut merupakan pautan video daripada YouTube yang mana ustazah ringkaskan untuk memudahkan kamu semua faham akan tajuk yang kita pelajari.
Comments
Post a Comment